Tuesday, 17 September 2013

i'm a bad girl and a bad rumet. ain't ?

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum Dunia ! :D

Lama. Tidak kubuka laman nie. Bukan tiada yg ingin dicoretkan, tapi masa tak menentukan *tidur yang cukup itu penting* ngeeee .

Baiklah. Not to having long typing *B.i berterabur* , pepagi buta nie cheq sesaja na luah perasaan kat blog kesayangan nie *have nobody to talk with,gila apa na kalo na call cerita kat ummi, she has a lot of thing to think. *

Straight to the point, sejak masuk uni, skmo aku ade je masalah dengan rumet.*excluding part1 punya rumet, Aiza Aqira. :) regarding to this matter, dapatlah aku simpulkan bahawa AKU SENDIRI yang membawa masalah sebenarnya. Sebab kalo mcm sem lepas, Kak Nuyui tu baik sebenarnya. Sangat baik! *aku berani mention nama dia sebab im talking a fact kayy! haahaa.

Sem Tiga nie pulakkkk , haih . dunno what to say , smua salah aku la senang. aku yang ta reti jaga hati orang. aku yang ta reti jaga adab. segalanya aku. yeah! aku!

Whatever it is. Wanna make a warning, jangan sampai aku tunjuk aku punya keras kepala. someone warn me not to show aku punya kepala batu tapi kalau keadaan memaksa, i have to la ! heheh. Sebab aku rase, sepanjang tiga sem nie, takde lagi aku terpekik2 duk maki orang. tak pernah lagi aku guna suara volume 99 marah org. belum masanya aku buat gila aku. Jangan sampai masa tu tiba -..- im begging .

KEYBOARD OFF. 07:31. 17-SEPT-2013. Assalamualaikum.

Tuesday, 18 June 2013

Pointer ?

Bismillah-ar-rahman-ar-rahim J




Actually, kali nie aku nak story about aku punya pointer. Berapa? Yang aku dapat tak banyak pon. Tapi yup! Aku bangga. bukan bangga sebarang bangga tapi aku bangga sebab aku boleh buktikan,walau abah dengan ummi TAK KAYA harta benda,tapi anak-anak dorang boleh berjaya. Dan, dah takat tu ja yang aku usaha, takat tu jugak la Allah bagi kat aku kan? 3.75. Dan aku sebenarnya tak menjangkakan pun akan dapat banyak tu. (bagi aku banyak la tu). Alhamdulillah.

Weh, sejak semester satu form4, aku TAK PERNAH dapat anugerah pengetua pon okayyy! Setakat tengok member-member naik pentas je. Pernah jugak cabar diri, bila pulak kau nak naik pentas ambik anugerah tu weyy. Tapi, sampai lah aku grad mase form5, pointer keseluruhan aku hanya 2.98! U know what? Aku kategori KEDUA RENDAH! Kategori LAST dah tu wey! Nasib baik ummi dan abah tak datang masa aku grad tuh, maklum lah, Kedah dengan Kelantan tu bukannya 7minit. Kalau depa datang, tobat baq hang, aku malu!


Sehinggalah SPM, aku tak dapat nak banggakan ummi dan abah macam aku banggakan dorang mase aku UPSR and PMR dulu. Aku tak dapat straight A weyhh! Hanya mampu mengecap 6A. And u know what? Dapat 6A kat mrsm, macam hang ta dapat A langsung lah. Tak dipandang pon result hangpa tuh. :’( And at that time, aku janji dalam hati, NANTI MASUK U, I’LL MAKE UMMI AND ABAH SMILE AGAIN LIKE WHEN I TOLD THEM MY UPSR AND PMR RESULTS. Itu bukan sekadar janji tapi pasti. insyaAllah. Amin.

SPM 6A .Sedih? Haha. Of course laa weyh. Blajaq punya jauh, nie ja yang aku dapat. Tapi aku tak menyesal. Awat na regret takdir Allah? Besaq sangat ka pangkat kita na regret takdir yang Dia cipta? Aku keep in believe bahawa takdir Allah baik-baik belaka. So, aku bersyukur. At least subjek fevret aku semua A+ . Dan 3 bijik lagi semua A. Takdak A- . yg C dua bijik tu, subjek yg aku mmg takleh carry and time spm tu, aku demam teruk . paling teruk dalam life :/

Back to 3.75, pointer tu agak naik berbanding pointer semester satu, 3.53. Nak tahu tak mase check result tu ape yang aku mintak? “Ya Allah, tolong la jangan ada nombor LIMA dalam result aku nanti.” Harapnya dapat 3.6 ke atas la kan? And satu lagi sebab, aku memang TAK SUKA gila no.5. JANGAN TANYA KENAPA! Haha. Tuptup. 3.75. ade jugak la lima tu. Dah takdir. Accept ja. 

Tapi, meningkatnya pointer tu, takdelah banyak sangat. 0.23. gembira? Of course. Tapi aku dah pernah rase jatuh. Dah banyak kali. Mungkin sebab tu, kali ni Allah nak aku rase bangun pulak. Aku pernah jatuh, dari 3.43 kepada 2.71!  beza? 0.72 weyhh! Rasa sakitttttt sangat time tu. Tapi, sapa suruh aku main2. Kan? Time tu form4. Honeymoon la konon. Puihhhh -_-

Dua semester. Dan dua kali dekan. Bukan nak bangga. Tapi hasrat aku MASIH TAK TERCAPAI. Aku masih tak dapat tengok senyum ummi dan abah mase aku cakap result dekan tu. Dua kali .But I didn’t see any SINGLE smile like four or seven years ago pun !. Bila cakap kat Abah, aku sangkakan abah akan cakap tahniah, tapi yang abah cakap “umm,sikit lagi nak 4.0”. Ya Allah, rasa macam -__- ain’t my pointer good enough yet? Tapi takpe, aku sahut kata-kata abah tu sebagai satu cabaran. So, aku rasa korang taw la kan why this entry tajuknya,SAYA DAPAT APA YANG SAYA NAK , tapi SAYA BELUM DAPAT APA YANG SAYA BETUL-BETUL NAK .only their SMILE !

KEYBOARD-OFF. Assalamualaikum. 16_May_2013. 00:46. Bye

Tuesday, 21 May 2013

ANGAN-ANGAN VS CITA-CITA :)


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim. . . .
Bila bercakap soal angan-angan. Bila bercakap soal cita-cita. Rasa macam 24jam tu tak cukup nak memikirkan smua tu. Kan? Haha. Ok. Let us take a look kat senarai angan-angan aku nie . * yang takmo tengok takpe . huhu.

  •         SATU. Nak score pointer 3.5 and above every semester in order to get 3.5 and above nanti grad part6 nanti. #ya saya tahu,tak boleh belajar sebab nak kejar pointer. Nanti bila tak dapat pointer yang kita nak, kita akan frust menonggeng-nonggeng. But, chillax, tu hanya sekadar peransang supaya aku study betul2. Niat study aku? Kita citer kat entry lain ya ? wait . huhu. Ok, settle bab ni.

  •        DUA. Okay. Bila dah score pointer cantik tu,boleh la buat surat dekat government, tukar pinjaman PTPTN aku jadik scholarship. Hohoho. Then, aku harap dapat la mana-mana tajaan untuk sambung degree. Taknak la pinjam PTPTN lagi kan? Nanti sendiri kena bayar. :D cerita sampai degree jelaa dulu. Master punya story, bila da msuk degree ye. insyaAllah.
  •    TIGA. Then if dah abis dgree, sementara tunggu sambung study lagi, aku nak keje dulu. Generate duit dulu cket2. Orang sokmo kate otak aku otak bisnes, amin-II. Aku nak bukak macam-II bisnes. Bukan nak untung ke haper, tapi takkan nak tengok SYED MOKHTAR AL-BUKHARI sukses sorang-II as a anak melayu. Aku pun nak jugak .BUKAN NAK FEMES. Bila nama NUR AMIERA SYUHADA MOHD ROSDI naik, aku nak bantu anak-anak melayu. Takkan nak kaya sorang-II. Tak best langsung.

  •        EMPAT. Bila dah ada duit sendiri tu, PERTAMA sekali, aku nak hantar ummi dengan abah pi umrah. If ade duit lebih, na pergi satu family. Bila ada duit lebih lagi baru nak hantar dorang pi haji. *masa blaja agama time form5 dulu, yang aku ingat, afdhal buat haji dan umrah secara asing-asing.

  •       LIMA. Bila ummi dan abah dah bergelar HAJI MOHD ROSDI dan HAJJAH ROHANI,(amin.amin.amin) aku nak bawak pulak dorang pi jalan-jalan. Naik flight. Family aku TAK PERNAH naik flight tahu! Hehe. But aku sikit pon TAK malu dengan fakta tu. Buat ape na malu? Kan? Tak jauh pun nak bawak dorang. Nak pi Bandung.  Oversea jugak tu. Hahah.Na bagi ummi shopping puas-II. Ummi tak pernah shopping suka hati dia. Sebab duit dia, untuk anak-anak dia.

  •       ENAM. Aku nak beli rumah! Huhu. Lepas tu nak beli kereta. Sebelum kawen semua kena lengkap. Untuk keselamatan masa hadapan. Betul tak kaum hawa? :D

  •      TUJUH. Aku nak settle-kan pulak perihal adik-beradik aku. Aku nak make sure pelajaran dorang terjaga. Ilmu agama dorang cukup.
     
  •  LAPAN. Aku bukak bisnes kan? Salah satu bisnes aku tu, aku nak parents aku yang handle. Biar dorang jadi bos kat situ. Dah tak sanggup tengok umi jadi kuli orang. Keje 8jam sehari. Penat .bukan keja kat air-cond. Main pinggan-mangkuk, periuk-belanga,layan kerenah pelanggan kedai makan tu lagi. Dah tak sanggup jugak tengok abah berulang-alik ke tempat keje dengan motor EX5 tu. Sebak weyh tengok muka dorang yang 24/7 senyum ceria depan anak-anak. Nampak jelas dorang cuba sembunyikan kepenatan disebalik senyuman. Bisnes ape? Banyak sangat. Kita story di entry lain ya. ^_^



YA Allah , ini hanya rancangan. Engkau yang tentukan. Nampak sempurna sungguh yang aku taip nie. Tapi, apa-apa pun,andai apa yang aku nak nie salah-satunya tak dapat, atau SEMUA tak dapat,aku percaya takdir Allah baik-baik belaka. Am I right ? ok lah . solat asar dulu yukk :D
rumah idaman . amin :)

Monday, 6 May 2013

one day AFTER PRU13 . -_____-

Assalamualaikum . Bismillahirrahmanirrahim .

Actually, dah taip benda nie pukul 04:01am 06JUN2013. tapi gila ke aper nak update entry baru time tu .
biar lambat asal update . kihkihkih ;D

Dear olz, PRU13 dah tamat dah . BN dah menang . PR da kalah bermaruah . itu suratan takdir Allah. siapa kita nak sangkal , siapa kita nak pertikaikan semua yang Allah rencanakan ? so, Alhamdulillah jelahhh .

saya budak under21 . dan bagi yang sebaya tetapi nak protes keputusan yang dh kita dapat , BERDOALAH! TAK payah lah sampai nak tukar DP Fesbuk . ingat! kita under21. pengetahuan politik tak banyak mane pon .bukan ke DOA itu senjata orang Islam ? siapa lagi nak guna kalau bukan kita ?? Dato' Seri Anwar rancang nak tawan PJ , tp siapa yg tentukan ? ALLAH S.W.T. kannn ? so kita doa jela pada Dia . moga GE14 nanti kebenaran yang menang .

bila menang dengan penipuan , depa sendiri taw yang depa menang tu BUKAN mandat rakyat . depa taw. bukan taktaw .

nak tido semalam , tiba-tiba terfikir . Ya Allah, andai benarlah SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA tidak telus, beratnya beban yang mereka pikul. beratnyaaaa. tapi, tiba-tiba teringat DOSA DIRI SENDIRI pulak . haih . buat pa waste time pikir dosa org kan? biaq pi la depa . TANGGUNGJAWAB tu , TANGGUNG di DUNIA . JAWAB di AKHIRAT . so, prepare la! kamu akan berjumpa dengan si pemilik nyawa. Si pemilik dunia . GENTAR ? its your business. not me anymore .

#setakat tu ja . keyboard off . hikhikhik. Semoga Allah merahmati kalian .

p/s: tak kesampaian hajat nak tengok bini PM KETUJUH tapi yang PERTAMA tutup AURAT . :/

Saturday, 4 May 2013

one Day before PRU13 .Dup Dap Dup Dap :D

okay . first entry untuk tahon ini . err . maafkan saya terlebih dahulu atas ke-rojak-an bahasa yg diguna. kuikuikui . ckgu BM , dulu saya dah dapatkan A+ masa SPM , so izinkan diri ini go forward . --' actually, aku sendiri taktaw apa yang aku sedang merapu nie . heh ~ sokay . bukan ada orang na baca pon . kakakaka~

sigh .ok . mlas na story panjang lebar, masuk intro jum! ^^

sebenarnya , tuan empunya diri ni tak layak mengundi *pun lagi, tapi jari ni dah gatal na buad entry . na buad cemana kan ? kuikuikui. btw, macam-macam kesah., macam-II story yg kita semua dengar semenjak dua menjak nie . biasa la , semua pihak nak pancing undi . tapi, cara memancing tu, biarlah BERMARUAH . biarlah dengan cara yang direstui Ilahi . kan kan kan ? ^_^

saya . KELANTANESE . dan saya bangga dengan pemerintah PEMIMPIN di negeri saya . negeri di bawah naungan ulama' . negeri bebas judi . negeri serambi mekah . WOOWW . haha . negeri TAKDE TOL . lagi ape ye ? cukup la tu kot . pendek kata , i'm totally PROUD to be rakyat KELANTAN. Orang na kata negeri saya miskin? helloooo, miskin tp free rasuah okayy .and i wish , semoga berkekalan . look at picture yg dibawah . tipu lah  kalau anda tak kagum ^_^

Di Kota Bahru jam 3:30am 3hb Jun.. tatkala ramai antara kita sedang lena.. mereka mengangkat doa dan meminta agar pilihan terbaik bagi negara kita...ALLAHUAKBAR..!!

ok. dan saya . MALAYSIAN . saya bangga. sapa kata saya tak bangga jadi rakyat Malaysia yang berdaulat nie, dah 6 perdana meenteri kan ? malaysia semakin maju . semakin unggul . semakin dikenali seantero dunia .tapi terdetik dihati ini, alangkah indahnya andai si bijak pandai yang mentadbir negara itu juga bijak pandai dai segi agama .TAK ! saya tak kata PM kita yang sekarang atau yg sebelum2 ini tidak nijak dari segi itu, tapi, rakyat sekarang bukan lagi berpandukan berita tv1, tv2, tv3, tv9 semata-mata .sekarang ad fb, twitter, blog, and macam-macam lagi lah yang ade. err, ada blogger yg kena dakwa sbb sokong pembangkang, oleh itu, awal2 saya cakap , SAYA TAK SEBELAH MANA-MANA. Tpi, setiap rakyat kompemlah nak pemimpin yang bersih suci hatinya . kan ?

bagi pemimpin yang nak raih undi tu pulak , adakah anda fikir anda boleh membeli undi dengan wang ringgit yang ditabur ? taburlah wang anda. taburlah fitnah secukup rasa .anda boleh tutup mata pengundi . tapi bukan mereka punya hati . andai esok anda menang dengan cara menipu, BEAR IN YOUR MIND, yang anda dapat tu bukan mandat rakyat ! heeee~~~ cukuplah dengan bagi ceramah , brainwash para pengundi , depa yang tentukan sendiri sapa yang depa na undi . bagi 1000 sekalipun , itu RASUAH . rakyat tahu pikir. takkan nak undi pemimpin yang bagi rasuah . kan ?

#cukuplah sampai disini entry kali ini . ambe na balik umoh . waktu keje da tamat *bukan curi tulang 0n9 taw..memang jaga kedai jaa..

KBYEE... ASSALAMUALAIKUM . may Allah bless wawk yang sedang membaca entry ini . *perasan ade orang baca . agagagaga~ 

dan semoga esok , apa jua keputusan , akan bawa kebaikan pada negara . AMIN .