Monday, 17 November 2014

BILA ALLAH TARIK SEMUANYA SEKELIP MATA ....

Bismillahirrahmirrahim..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Thank you Allah, for bringing me back to earth sebelum lebih jauh kaki ini tersalah arah.
This entry, semestinya khas untuk result Semester Lima yang menarik aku, jauh terperosok ke suatu tempat yang tak pernah terlintas di benak fikiran sebelum ni. Di dasar kehidupan. Di alam realiti milik Allah!

Actually, tak tahu mana nak mulakan. Blank! One word yang describe aku sekarang. Masa depan yang aku nampak cerah sebelum ni, sekelip mata gelap! Kelam. Grad first class, barisan hadapan masa graduate, biasiswa untuk Degree.. semua hilang hanya dalam satu masa. Semua disebabkan result semester Lima yang beyond my expectation. Kerja Allah. Aku redha. Menyesal? Perkara dah jadi, kalau menyesal pun aku takkan dapat ubah CGPA yang dah jatuh merudum. Jadi, what’s up? Cerita dia.....

After SPM, bila dapat masuk UiTM, the only one aim aku adalah nak dapatkan CGPA 3.5 ke atas, sebab nak grad first class. Nak tebus kesilapan masa kat maktab dulu, grad dengan pointer 2.98! Everything nampak lancar je sampai lah masa Semester 3, result jatuh, time tu dapat 3.20 and CGPA yang 3.65 jatuh to 3.49.. masa tu, aku ingat tu lah semester paling teruk aku di UiTM. Tapi still rasa okay sebab still ada 3 semester untuk naikkan CGPA. Sem 4 aku usaha untuk bangun and dapatlah naikkan sikit CGPA. Dan silap paling besar aku buat, pointer Sem5, jatuhhhh terperosok sampaikan CGPA aku dah memang jauh jauh jauhhh untuk grad first class. Time ni baru lah rasa macam langit jatuh menghempap.

Segala usaha aku untuk semester2 sebelum ni, aku nampak macam dah takde makna. Selama ni aku bangga result aku takde Gred C, tapi sem ni, 3Subjek C yang aku dapat. Hanya ada satu semester. Even if aku score 4flat sekalipun utk sem6, aku hanya akan grad dengan CGPA 3.48. Aku BUKAN belajar sebab pointer. Aku BUKAN gila pointer. Tapi cuba ambil tempat aku sekejap. Cuba, bayangkan.. EMPAT SEMESTER, DUA TAHUN, kucuba bina sebuah kehidupan yang kukira selesa.. tapi sekelip mata, segalanya musnah, hancur. Aku expect result aku jatuh, aku expect aku dah tak Dekan sem ni, tapi aku langsung tak expect pointer aku bawah dari tiga. Ya, sekarang aku budak 2pointer. Bukan aku nak bangga dengan pointer sebelum ni sebab aku bukan budak pandai, tapi aku tak expect sampai tahap tu Allah nak duga aku. Tapi takpe, Mungkin Allah nak aku rasa, bagaimana rasa dapat 2pointer ni. Mungkin sebelum betul2 berjaya, Allah nak aku rasa dulu perit itu macam mana, sakit jatuh terperosok tu macam mana. Supaya satu hari nanti, bila dah keluar universiti, dalam dunia realiti, aku mampu untuk bangun tanpa rasa sakit bila jatuh. Senyum Miera J

Segala yang aku buat bukan untuk aku, tapi demi Ummi dan abah. Aku rindu, sangat rindu untuk tengok Ummi dan abah tersenyum dengan kejayaan aku. Aku anak sulung, aku nak jadi contoh adik2. SPM aku 6A je weyh. Aku ingat aku boleh bangun, boleh tunjukkan pada Abah dan Ummi yang anak sulung depa ni mampu, tapi sekali lagi, aku jatuh tersungkur. Abah, Ummi.. maafkan Along. Along tak mintak untuk gagal macam ni. Mungkin Along leka sem5 ni. Sebab along rasa Along mampu. Along rasa Along boleh. Tapi Along lupa, Along merancang dan Allah juga merancang tetapi perancangan Allah itu Maha Hebat dan Dia merancang dengan penuh kasih sayang.

Sebab pointer jatuh? Kalau ada yang cakap sem5 ni aku tak banyak study, ye. Aku akui. Dalam kelas kekadang jasad je yg ada. Fikiran ntah ke mana. Busy dengan kelab? Tu bukan alasan nya. Salah aku juga tak pandai manage masa. So it will be a reminder for me untuk masa akan datang. Pemalas. Tu sikap yg dah takleh berpisah dengan aku. Latihan takyah cakap lah, liat. Semester2 yang lepas mungkin nasib aku je even malas pun still score tapi sem 5 ni Allah dah tunjuk, orang pemalas tak kemana. Herher. Carrymark? Adik2 sekalian, tolong lah jaga carrymark anda. Jangan biar ia kelaut. Merana final nanti. Macam aku ni ha. Lima sem study, carrymark sem5 la yang paling kelaut sekali. Test and Quiz memain. Serve me right. And the rest? Biar aku aje yang tahu. Let it be a history :p

Ade sorang member cakap, “awak belajar sebab apa?” aku jawab “Nawaitu Lillahita’ala” then dia cakap, “So accept lah semua ni. Kalau Allah kata TAK, maknanya TAK la”.

And Mirrul pun cakap, “Ni baru jatuh pointer, dah rase kosong dunia. Belum lagi meniaga then loss berjuta-juta. Wake up Miera. Jatuh tapi jangan tak bangun dah”. Okay. Bukan sekejap masa yang aku ambil untuk terima semua ni. Memang aku cakap aku redha, tapi aku tak kuat. Kadang2 terfikir lagi, lagi and lagi. Aku perlukan sokongan member2, family semua, orang sekeliling. Aku kena bangun sekali lagi. Walaupun impian untuk grad first class dah takkan tercapai, tapi aku masih ada satu lagi harapan.. yang masih kemas tersimpan. Allah, izinkan aku realitikan harapan tu. Mungkin bukan rezeki aku lagi untuk grad barisan depan, grad pakai selempang warna pink tu. Takpelah. Aku bangga sebab ada kawan2 yang sedang mencipta kejayaan mereka sendiri. Mungkin Allah ada sediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang aku harapkan. Bersangka-baik dengan Allah J

Buat masa sekarang, aku hanya mohon doa, semoga terus dikurniakan kekuatan untuk mendepani cabaran dan hari2 yang mendatang. And semoga i will grad on time untuk diploma ni. Doakan untuk coursemate and batchmate aku sekali. Amin. J





Monday, 22 September 2014

De' Final

It's around the corner. Ntah ntah dah lepas pun corner. Heh.
Kbye. Bosan actually. Doakan final budak budak diploma uitm berjalan lancar smuanya. Amin. :)✌ -نور اميرا

Sunday, 24 August 2014

PHONE USER

Bismilahirrahmanirrahim.

Short entry insyaAllah.
Sebenarnya just nk cerita, den baru je taw blogger boleh install kat playstore. Muahaha. Tu pun sebab semalam sembang dengan rumet. Blogger jugak makcik tu. Eheheh. Jgn marah ye kak Fieza✌ haha. Kak lah sgt. Back to the point.. before ni mana la ade smartphone.. Fon cikai Tiga-tiga-sekupang tu ja..so setiap kali nak update blog, kena bukak laptop, pakai broadband segala bagai.. malas. Baiklah. Thats all. Kbye. Esok kuiz, lusa test dan kuiz, dan doakan jugak den dopek balik kampung sempena Merdeka nanti. Rinduuuu rumahhhhh. Hehhe. Tataaaaa ^_^

Wednesday, 6 August 2014

Eid Mubarak 1435 Hijrah


Bismillahirrahmanirrahim. So here, summarization of Aidilfitri 1435H. 



























Tak sempat aih nak taip caption setiap gambar. Now 4.36am and start from Jumaat nanti.. straight common test sampai lah hari ahad. Sambung lagi test CTU hari Rabu. Presentation hari Selasa.. event lagi.. So, nanti lah ade masa nak bernafas dengan selesa, kawe update semula entry ni. Abah la ni, nok sangat suh upload gambar rayo dio. Eh, terpanjang la pulok. Kbye. Nok sambung setadi. Doakan sayo. ehekss.. Assalamualaikum.

Sunday, 18 May 2014

Barang Keperluan yang Perlu Di bawa ke UiTM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Okay.Firstly, akak  *ohh, entry ni guna akak lah ye, sbb post ni untuk adik2* taklah rajin update entry blog sebenarnya. It's already TWO YEARS tapi entry TAK SAMPAI 20 *nampak di situ kemalasan dia*. Tapi, kali ni rajin pulak nak update pasai checklist barang ke IPT. (UiTM terutamanya :D). Kesian tengok adik2 yang takde abang or kakak utk bertanya *kita senasib* HIGH FIVE! ^_^

Okehh. Panjang nau muqaddimah nya. Meh ke topik asal. Usha2 lah mana yang patut. Tak semua compulsory and yg mana tak cukup, tambahkan lah ye :)






PAKAIAN

(Lelaki)
  • Baju kemeja [For UiTM, hari ISNIN wajib pakai ni]
  • Kemeja Putih Berkolar [Untuk MDS korang]
  • Baju Melayu [ untuk pi solat Jumaat & Pusat Islam, x hensem ah pakai tshirt ja XD ]
  • Seluar Jeans / Slack / Tracksuit
  • Kain Pelikat
  • Seluar Pendek / Short pants / Boxer [Yang ni pakai dalam bilik ja noh :p ]
  • Tshirt ber-kolar [ untuk pi kelas]
  • Tshirt round neck 
(Perempuan)
  • Baju kurung / Kebaya / Jubah [6Pasang dah ok tapi akak bawak 12pasang ^_^]
  • Baju Kurung Putih, Kain Hitam [untuk MDS je ni]
  • Blouse [ just in case taknak pakai baju kurung pi kelas and utk jenjalan]
  • T-shirt, Baju lengan panjang, baju tidur [ikut suka hangpa la nk bawak berapa, penuh almari pun takpa]
  • Inner / Kain dalam / kain batik dan yg sewaktu dengannya --'
  • Skirt Labuh [Ayu sikit pakai skirt nie ha ^^]
  • Sweater / Cardigan


KEPALA

(Perempuan)
  • Tudung bawal / Selendang / Tudung Fareeda / Ariani / Ariana Rose :D
  • Anak tudung
  • Brooch [ bawak banyak sikit, barang senang hilang ni :D]
  • Pengikat / Cekak/ Sepit Rambut
(Lelaki)
  • Kopiah/ Songkok
  • Topi / Cap


KAKI KITA 
  • Kasut biasa [design, corak, warna adalah mengikut citarasa masing-masing ^^]
  • Kasut sukan
  • Sandal 
  • Kasut kulit hitam [ untuk majlis formal]
  • Sneakers [bagi yang tak minat kasut2 biasa tu kan :D]
  • Selipar tandas [tak kesah la made in Japan ke, Korea ke]
  • Stoking [Yang utk kasut sukan satu hal and Girls, kaki tu aurat ye :D]

PENJAGAAN DIRI
  • Tuala [Paling kurang, bawa lah dua]
  • Pencuci muka
  • Sabun mandi / Shower gel
  • Ubat gigi & Berus gigi *WAJIB!* ^_^
  • Shampoo / Conditioner 
  • Deodorant 
  • Losyen [Girls ja rasanya bawak yg ni, jaga kulit katanya :D]
  • Minyak Wangi [Ni barang wajib bagi akak, bagi korang? :p]
  • Gel rambut [ Lelaki ja yang pkai ni, girls.. ade yg pakai gak ke ^^]
  • Pengetip kuku / Ear-buds/ Shaver/ Sikat.


LAUNDRY
  • Bakul Kecik [Untuk letak barang-barang mandi, senang sikit]
Like This ^_^
  • Hanger
  • Pengepit baju
  • Sabun Basuh [ Ikut suka la nak bawak yg liquid ka, debu ka]
  • Berus baju
  • Baldi & Gayung
  • Iron & Iron Board *kalau rajin bawak la, akak iron atas lantai ja*
  • Bakul baju kotor
  • Starch [Bagi girls yg duk risau pasal tudung tak menjadik tu, wajib ada ni :D]
Banyak membantu nie :) kat Mydin ade :p


BILIK
  • Bantal / Bantal peluk / bantak bushuk :D
  • Cadar & Sarung bantal
  • Selimut
  • Jam loceng [Kot la hangpa tak bangun if guna alarm phone ^^]
  • Pewangi Loker
  • Tong Sampah Kecil [untuk hangpa sorang guna :D]
  • Cermin kecil
  • Kunci Mangga [Demi keselamatan loker anda XD]
  • Extension plug
  • Newspaper yg tak berapa nak new [Buat lapik dalam loker]
  • Carpet / Tikar [nak bawak tikar getah pun buleh yaww :D]
  • Sewing kit [Kot lah nanti seluar koyak ke, baju koyak ke]
  • Sejadah & Telekung Solat [Bagi pelajar Islam]
  • Yaasin / Al-Ma'thurat/ Al-Quran [Bagi pelajar Islam, baca everyday yaww ^_^]


DAPUR MINI :D
  • Stok makanan secukupnya [Maggie, Biskut, Keropok dan sebagainya]
  • Stok minuman [ necsafe 3in1, milo, teh, coklat]
  • Heater [1 bilik boleh bawak satu ja ya]
  • Pinggan, Mangkuk, Tupperware, Gelas, Cawan/ Mug
  • Sudu/ Garfu
  • Botol air [Bawak pi kelas, jimat belanja ^^]
  • Air mineral [Beli sekotak terus :D]
  • Dish-wash jangan lupa [nanti hangpa nak basuh pinggan/ gelas kat bilik pakai apa] 


FIRST-AID MINI
  • Minyak angin/ minyak gamat
  • Panadol [stok sepapan terus, kat Watsons ade jual]
  • Plaster
  • Bagi yang ada asma or apa-apa jenis sakit, bawak terus ubat korang ye :D

GADGET
  • Handphone dan Charger [Taknak bawak pun takpe, public phone masih wujud :3]
  • Laptop/ Adapter
  • Earphone/ headphone
  • Pendrive *Copy slide lecturer* teeheehee
  • External Hard Disk [untuk simpan stok movie. ahaks]
  • Usb
  • Printer [kalau rasa perlu]

STATIONERY
  • Stepler bersama ubatnya :)
  • Sellotape
  • Pen, pensel, liquid paper, pembaris, pemadam
  • A4 & Kajang Paper [Kajang paper tu tak semestinya beli kat Kajang :3]
  • Pencil Case
  • Gunting 
  • Pembalut buku
  • *ehh, banyak lah kalau nak list, hangpa pikiaq sendiri noh, sekolah 14 Tahun dah kan, akak list yg simple ja ney* muehehe

DOKUMEN-DOKUMEN
  • Borang-borang yang UiTM suruh korang isi
  • Salinan fotostat IC/ Surat beranak [Yang ni make sure banyak copy dan disahkan]
  • kad ATM/ Lesen memandu/ IC *kalo tak bawak, jadi PATI*
  • Gambar pasport [ bawak bebanyak, dalam 12keping gitu]
  • Medical check up result
  • Bagi yang mintak PTPTN, bawak semua dokumen PTPTN.


MDS UiTM Johor *Doa la hangpa dapat fasi sporting camni*





Tuesday, 22 April 2014

Google Pun Bertambah Majuuuu :P

Assalamualaikum :)

to be honest...
dah pening dengan setting baru google.
lama sangat tak online via laptop or pc..

bukak-bukak je.. smua nak kena update..
tahun lepas adela sekali rasanya bila on via laptop, inche Google suruh update, tp den skip je smua.
haha. Malas dan have no time *eceh lagak kalah PM*
dulu account google cem tade pape.
account kapok aje. letak profile picture je. dah. siap. 
sekarang *tak berapa nak sekarang sgt la*, dah majuuu oO00..
Hahha. okay. cheq merapu.

Ada yang bagai katak di bawah tempurung belakang sawah macam aku tak? ahaha. buat yg lama sangat tak bukak profile google tu, bawak2 bukak lah yee.. nanti jadik macam makcik ni ha. hahha.

Tu aje lah for this entry. Kbye. Gud Evening Semua. Havva Blast <3





Comeback :p

Bismillahirrahmairrahim.

fuh fuh fuh *berhabuk sakan blog ni*
entah dah berapa lama tak ku kunjung. tak kutatap. tak ku update entry. nak update tapi mcm.. haih.. byk sgt En.Google update sampai taktaw tang mana nak touch up.

by the way. hari ni hari pertama kerja. that is why boleh update blog ni. kerja cam biasa.. kat cc.. ni cuti semester keEmpat! wah. copek bonar masa berlalu ha. first time kerja sini masa abes SPM dulu. haha.

takat tu jelah ha utk kali ni. nak pergi menyelongkar blog bloger-blogger yg pemes2.. nak cari cara touch up blog yg dah out-to-date ni hah. kbye . Assalamulaikum. Have a blast :)