Monday, 17 November 2014

BILA ALLAH TARIK SEMUANYA SEKELIP MATA ....

Bismillahirrahmirrahim..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Thank you Allah, for bringing me back to earth sebelum lebih jauh kaki ini tersalah arah.
This entry, semestinya khas untuk result Semester Lima yang menarik aku, jauh terperosok ke suatu tempat yang tak pernah terlintas di benak fikiran sebelum ni. Di dasar kehidupan. Di alam realiti milik Allah!

Actually, tak tahu mana nak mulakan. Blank! One word yang describe aku sekarang. Masa depan yang aku nampak cerah sebelum ni, sekelip mata gelap! Kelam. Grad first class, barisan hadapan masa graduate, biasiswa untuk Degree.. semua hilang hanya dalam satu masa. Semua disebabkan result semester Lima yang beyond my expectation. Kerja Allah. Aku redha. Menyesal? Perkara dah jadi, kalau menyesal pun aku takkan dapat ubah CGPA yang dah jatuh merudum. Jadi, what’s up? Cerita dia.....

After SPM, bila dapat masuk UiTM, the only one aim aku adalah nak dapatkan CGPA 3.5 ke atas, sebab nak grad first class. Nak tebus kesilapan masa kat maktab dulu, grad dengan pointer 2.98! Everything nampak lancar je sampai lah masa Semester 3, result jatuh, time tu dapat 3.20 and CGPA yang 3.65 jatuh to 3.49.. masa tu, aku ingat tu lah semester paling teruk aku di UiTM. Tapi still rasa okay sebab still ada 3 semester untuk naikkan CGPA. Sem 4 aku usaha untuk bangun and dapatlah naikkan sikit CGPA. Dan silap paling besar aku buat, pointer Sem5, jatuhhhh terperosok sampaikan CGPA aku dah memang jauh jauh jauhhh untuk grad first class. Time ni baru lah rasa macam langit jatuh menghempap.

Segala usaha aku untuk semester2 sebelum ni, aku nampak macam dah takde makna. Selama ni aku bangga result aku takde Gred C, tapi sem ni, 3Subjek C yang aku dapat. Hanya ada satu semester. Even if aku score 4flat sekalipun utk sem6, aku hanya akan grad dengan CGPA 3.48. Aku BUKAN belajar sebab pointer. Aku BUKAN gila pointer. Tapi cuba ambil tempat aku sekejap. Cuba, bayangkan.. EMPAT SEMESTER, DUA TAHUN, kucuba bina sebuah kehidupan yang kukira selesa.. tapi sekelip mata, segalanya musnah, hancur. Aku expect result aku jatuh, aku expect aku dah tak Dekan sem ni, tapi aku langsung tak expect pointer aku bawah dari tiga. Ya, sekarang aku budak 2pointer. Bukan aku nak bangga dengan pointer sebelum ni sebab aku bukan budak pandai, tapi aku tak expect sampai tahap tu Allah nak duga aku. Tapi takpe, Mungkin Allah nak aku rasa, bagaimana rasa dapat 2pointer ni. Mungkin sebelum betul2 berjaya, Allah nak aku rasa dulu perit itu macam mana, sakit jatuh terperosok tu macam mana. Supaya satu hari nanti, bila dah keluar universiti, dalam dunia realiti, aku mampu untuk bangun tanpa rasa sakit bila jatuh. Senyum Miera J

Segala yang aku buat bukan untuk aku, tapi demi Ummi dan abah. Aku rindu, sangat rindu untuk tengok Ummi dan abah tersenyum dengan kejayaan aku. Aku anak sulung, aku nak jadi contoh adik2. SPM aku 6A je weyh. Aku ingat aku boleh bangun, boleh tunjukkan pada Abah dan Ummi yang anak sulung depa ni mampu, tapi sekali lagi, aku jatuh tersungkur. Abah, Ummi.. maafkan Along. Along tak mintak untuk gagal macam ni. Mungkin Along leka sem5 ni. Sebab along rasa Along mampu. Along rasa Along boleh. Tapi Along lupa, Along merancang dan Allah juga merancang tetapi perancangan Allah itu Maha Hebat dan Dia merancang dengan penuh kasih sayang.

Sebab pointer jatuh? Kalau ada yang cakap sem5 ni aku tak banyak study, ye. Aku akui. Dalam kelas kekadang jasad je yg ada. Fikiran ntah ke mana. Busy dengan kelab? Tu bukan alasan nya. Salah aku juga tak pandai manage masa. So it will be a reminder for me untuk masa akan datang. Pemalas. Tu sikap yg dah takleh berpisah dengan aku. Latihan takyah cakap lah, liat. Semester2 yang lepas mungkin nasib aku je even malas pun still score tapi sem 5 ni Allah dah tunjuk, orang pemalas tak kemana. Herher. Carrymark? Adik2 sekalian, tolong lah jaga carrymark anda. Jangan biar ia kelaut. Merana final nanti. Macam aku ni ha. Lima sem study, carrymark sem5 la yang paling kelaut sekali. Test and Quiz memain. Serve me right. And the rest? Biar aku aje yang tahu. Let it be a history :p

Ade sorang member cakap, “awak belajar sebab apa?” aku jawab “Nawaitu Lillahita’ala” then dia cakap, “So accept lah semua ni. Kalau Allah kata TAK, maknanya TAK la”.

And Mirrul pun cakap, “Ni baru jatuh pointer, dah rase kosong dunia. Belum lagi meniaga then loss berjuta-juta. Wake up Miera. Jatuh tapi jangan tak bangun dah”. Okay. Bukan sekejap masa yang aku ambil untuk terima semua ni. Memang aku cakap aku redha, tapi aku tak kuat. Kadang2 terfikir lagi, lagi and lagi. Aku perlukan sokongan member2, family semua, orang sekeliling. Aku kena bangun sekali lagi. Walaupun impian untuk grad first class dah takkan tercapai, tapi aku masih ada satu lagi harapan.. yang masih kemas tersimpan. Allah, izinkan aku realitikan harapan tu. Mungkin bukan rezeki aku lagi untuk grad barisan depan, grad pakai selempang warna pink tu. Takpelah. Aku bangga sebab ada kawan2 yang sedang mencipta kejayaan mereka sendiri. Mungkin Allah ada sediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang aku harapkan. Bersangka-baik dengan Allah J

Buat masa sekarang, aku hanya mohon doa, semoga terus dikurniakan kekuatan untuk mendepani cabaran dan hari2 yang mendatang. And semoga i will grad on time untuk diploma ni. Doakan untuk coursemate and batchmate aku sekali. Amin. J