CERITA
KEJATUHAN.
Untuk
semester pertama Diploma Sistem Maklumat Perakaunan, Allah kasi aku peluang
untuk merasa anugerah dekan. Semester kedua, Allah beri lagi nikmat, time tu
pointer aku 3.75.. bukan tinggi sangat tapi mungkin sebab ramai yang tak
score.. so aku dianugerahkan pelajar terbaik semester dua fakulti perakaunan.
Bahgia? Semestinya. Hadiah berharga buat abah dan ummi sebab SPM aku tak
perform. Semester tiga, Allah pun menguji. From 3.75, pointer aku merudum to
3.20. CGPA first class 3.65 jadi SECOND CLASS, 3.49. masa ni aku down tapi
cepat2 aku bangkit sebab family and lecturer sangat supportive. Kawan? I guess
everyone know ramai mana yg stay bila kita jatuh. So, semester 4 aku recover,
dekan balik and CGPA pun jadi 3.52. aku tahu aku dalam bahaya tapi aku terleka.
Allah rindu hamba Dia. Aku diuji kali kedua. Lebih hebat. Dari pointer dekan,
aku jatuhhh terperosok jadi budak 2pointer. Dari 3.61 kepada 2.78. can you feel
me? Or ada yang sama situation dengan aku? Ketahuilah, you are the choosen one.
Adakah seorang hamba Allah itu merasa dia telah beriman sedangkan dia belum
diuji? Pegang ayat ni. insyaAllah perlahan-lahan kau akan mampu bangun.
Tapi
reaksi aku masa tu? Of course lah tak setenang masa aku tengah menulis ni.
Menangis. Aku tahu Allah sedang menguji tapi i cant hold my tears. Menangis
macam dah takde hari esok. Berulang kali aku bukak tutup result tu. Walaupun
takde subjek repeat, tapi ada 3 bijik C. Sebelum ni bangga lah sangat result
takde C. Amik kau. Dia bagi triple! Sumpah, aku tak percaya pointer aku 2.78
masa tu. Aku kira manual. Aku kira lagi dan lagi malah aku predict pointer utk
sem depan, kalau dapat 4flat pun, CGPA aku dah takkan jadi first class. Aku
tetap akan grad dengan second class. Nampak tak niat belajar aku salah
sebenarnya masa tu? Nak dekan, nak ANC, nak first class. SALAH TU! Guys, kalau
korang study sebab tiga benda tu, TOLONG... tolong betulkan niat hangpa balik.
Sebelum jadi macam aku.
Tapi
last2 aku belajar redha. Ini ketentuan Allah. He must have a better plan. Tapi
kali ni, aku amik masa yang sangat lama nak recover. Masa sem6, kdg2 tgh
semangat study, tetiba teringat 2.78, menitis lagi air mata. Dalam redha,
kadang-kadang aku mengeluh. Tapi satu pesan aku, sehebat mana kau diuji, jangan
pernah persoalkan kenapa kepada tuhanmu. Sedar lah diri sikit. Kita hanya
hamba. Layak ke kita nak tanya kenapa kita yang diuji, kenapa bukan orang lain.
Layakkk ke kita tanya macam tu? Fikir banyak kali sikit. So dipendekkan cerita,
akhirnya grad lah aku dengan pointer 3.33. Tak kujangka aku grad dengan pointer
ni sebab target aku sejak sem1, aku nak grad first class. Alhamdulillah, Allah
tegur aku sebelum aku leka dengan nikmat dunia. Sebelum aku alpa. Sebelum aku
lupa Dia lah sebaik-baik perancang.
Aku
ingat aku dah tak layak untuk masuk ijazah perakaunan. Bila isi upu, aku dah
berangan nak sambung human resource lah, international business lah. Pilih ikut
minat. Tapi doa takleh tinggal. Biarpun kau rase mcm dah takde harapan sekalipun,
doa tetap doa. Time tu, aku tak doa supaya dapat degree akaun. Sebab aku tahu
aku tak pandai macam orang lain. Tapi on 18/05/2015, dapat offer bachelor in
accountancy. Allah bagi. Maknanya aku mampu. Maka aku terima offer. Bermula
hidup sebagai pelajar degree maka aku buang jauh-jauh sikap aku masa diploma.
TIADA lagi hashtag EMPATRATA tapi aku guna hashtag MakeitLillahitaala pulak. Hmm.
Hashtag ni saja saja ja. Sebab aku suka tulis motivation word untuk diri
sendiri so di akhir kata aku akan letak hashtag ni supaya aku ingat niat aku
sebenar. ni mungkin starter point cara study yang betul sikit lah yang aku
amalkan.
Tapi
sebelum tu, aku nak ingatkan, JANGAN AMALKAN TIPS AKU KALAU KAU NAK DEKAN!
Amalkan hanya bila NIAT KAU adalah untuk MENUNTUT ILMU ALLAH. Aku tengok
sekarang dah banyak viral study tips utk dekan, utk 4flat.. maaf.. aku tak
mampu nak bagi semua tu. Aku taknak ajar orang cara study tapi niat kau
awal-awal dah salah. Niat ni macam alamat taw. Simple example aku bagi, kau
punya resume punya lah hebat tapi kau hantar kat alamat emel yang salah.
Agak-agak company yang kau nak tu dapat ke resume kau? Then dapat ke kau kerja
kat company kau nak? You have the answer right?
1.
NIAT. Dah banyak kali kot. Aku tekan pasal niat. Sebab ni the
main point. Cane nak explain detail lagi eh. Hashtag aku tu memang suka suka
tapi ada maksud dia kan. #makeitlillahitaala. Senang cerita macam ni la, setiap
apa yang kau buat tu, kalau kau niat Lillahitaala, kau dapat pahala. Bayangkan
eh, kau bangun pagi, kau niat, hari ni aku nak belajar kerana Allah, hidup dan
matiku kerana Allah. Sepanjang hari pahala non-stop. Berbeza sangat dengan
orang yang bangun tanpa halatuju. Buat apa saja hari tu hanya kerana dunia. Rugi.
So, jaga niat. Jangan tergelincir. Kalau rasa terbabas tu, cepat2 lah
istighfar. Kita menuntut ilmu dia tapi kita niat demi benda lain. Wajarkah?
Tuntut ilmu ini tuntutan agama dan ianya ibadat. Again i tekankan kat sini, it
is pointless kalau salah niat.
2.
SOLAT. AWAL WAKTU! Hah
nampak tanda seru tu? Penting lah maknanya tu. Cikgu maths aku masa darjah6
pernah cerita, “masa zaman sahabat2 rasululllah SAW dulu, bila sahabat2 dengar
azan masa dorang tengah buat rumah, even tinggal satu bata je pun lagi, depa
akan lekaih2 pi masjid. Solat” kita? Subuh pukul 6, alarm 6.30. zohor 1.30
solat pukul3, asar pukul 4.30 solatnya 6.30, magrib 7.20 solat kul8 sekali
harung dengan isyak 8.20. haih. Cuba la solat awal. Bila kau dahulukan suruhan
Allah, nanti Dia permudahkan urusan kau. Contoh eh, kalo isyak 8.30 kau terus
solat, kau akan rasa malam tu sangat panjang untuk kau study. Bayangkan kau
study tanpa solat terlebih dahulu, pastu kau baca punya baca tak paham paham
jugak. Tak ke waste your time tu? Jangan lewatkan solat unless kau uzur. Kalo
tak, pahala nya.. umm.. fikirlah ye.
3.
SOLAT SUNAT. Ada lima jenis yang memang best utk diamalkan. Solat sunat
sebelum Subuh, Dhuha, Hajat, Tahajjud, Taubat. Gais, kehidupan seorang
muslim bermula sebelum terbitnya fajar. Kalau subuh pun korang lambat, trust
me, segala urusan harian kau hari tu, akan ada je yg terlambat, ter-delay. So
bangun lah 15min before subuh, maka sempatlah untuk mandi and solat sunat. Dia
punya barakah, kalau aku cerita kat sini, berjela-jela lah jwabnya. Ampa google
sndiri nah? J Dhuha, Solat ni magnet rezeki.
Bagi aku, rezeki ni bukan dalam bentuk duit je. Mana taw as a student, rezeki
kita Allah bagi cepat faham dlm kelas, slalu score exam. Kan? Mana taw. Sunat
Hajat, kalau tak boleh tetiap hari, wktu weekend tu amal-amalkanlah. Kalau
kerja, selalu buat part time, gaji mesti lebih. Kalau solat, kau tambahkan
dengan yg sunat, nikmat dia kadang-kadang Allah bagi lebih dari apa yang kau bayangkan.
4.
SURAH-SURAH FAVORITE <3 Tips ni pulak, memang dah lama
sangat-sangat nak share dengan semua orang. It works amazingly J bukan nak ajar supaya
pilih-pilih surah untuk baca but every surah ada kelebihan dia so pandai2
pilih. Okay antara surah favorite aku adalah
1.AL-MULK
2. AL-RAHMAN 3. AL-DUKHAN 4. AL-WAQIAH AND
YAASIN OF
COURSE J to make not so bias bila baca
quran ni, after maghrib, choose between surah 1-4. After isyak pulak baca satu
page as a compulsory one untuk setiap hari start dari page 1. After 604 days,
khatam al-quran. Yeay! Oh ye, Yaasin baca setiap pagi after subuh kalau boleh.
Lepas solat dhuha boleh amalkan Al-Waqiah. Surah kekayaan. Hehhe. Dalam yang
favorite ni, the most most most favorite adalah AL-mulk. Benefit dia superb!
Cubalah amalkan everyday. you yourself akan rasa nikmatnya. Time tengah taip ni
pun i still be like “Ya Allah, surah2 ni amaze me so much!” kadang-kadang rasa
macam study takdelah banyak mana pun, tapi result alhamdulillah tak pernah
mengecewakan, Cuma satu pesan, have faith! ;)
5.
DUDUK BARISAN DEPAN. Front seat but for girls, bagilah kaum kaum adam duk
depan, kita duk second seat. Lebih afdhal J sape cakap benda ni tak
penting? Penting sangat hokayyy. Bila lecture cakap, terus masuk dalam otak.
Hehhe. Takut duk depan sbb nanti lecturer aim? Kemon la, pengalaman aku, orang
belakang yang akan selalu kena aim dengan lecturer. Banyak keberkatan duk depan
ni. Maka sila lah amalkan. Kalau tak faham, tanya lah terus. Kalau malu, after
habis class tanyalah. And aku suka record apa yang lecturer ajar. Senang nanti
bila buat revision, boleh replay recording, dengar mana-mana part yang tak
faham. Berkesan sangat cara ni. Sebab aku amalkan masa first sem degree, dean
list alhamdulillah.
6.
JANGAN DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG. Ni satu lagi masalah student.
Sakit hati sangat tengok orang berjaya. Pasaipa? Sebab kita rendah? Sebab depa
tak study tapi score tinggi? Sebab kita study tapi markah asyik kelaut? Check
lah balik hati kita. Check balik cara study kita. Kalau ampa study hard
sekalipun tapi duk hafal ja benda tu, tak paham, takdak guna. Bila awak hafal,
soalan belok sikit ja, gelabah taktentu pasal. Orang suruh explain pun awak
takleh explain, ada guna eh study? Kita orang islam ni, cubala niat study tu,
untuk gain ilmu supaya boleh kelur dari kejahilan diri, supaya boleh bantu
orang lain, BUKAN SEBAB NAK A EXAM. Bear in mind please. Orang tak study tapi
score? Awat nak kalut sangat pasai depa? Mungkin Allah bagi rezeki kat dia otak
dia jenis cepat pick up apa saja lecturer ajar dia faham. Kita yang kurang ni,
study ajelah, niat betul, dapat pahala. Rugi ke? Tak pun. Yang rugi bila awak
taktaw pun matlamat belajar awak pastu duk mengeluh apa yang study tak masuk
exam.. Ilmu Allah tu. Mengeluh kenapa? Hmm. Im not the perfect one tapi kita
sama-sama nak betulkan apa yang kita silap. Aku bukan stok-stok ustazah dan
langsung bukan orang yang alim-alim, tapi hubungan dengan Allah kena jaga. J
Ok. As
for now, rasanya setakat ni je yang boleh aku kongsikan. Tips study ke ni.
Entahlah. Kalau kau tanya aku macam mana cara aku study, even if aku tulis
sebijik-sebijik pun , belum tentu kau boleh ikut. Sebab cara study ni berbeza
bagi setiap orang. Lagi-lagi aku ni jenis study study lewat malam and tengah2
pagi buta like 2-4am. Tambahan sikit lagi, make sure bangun BEFORE SUBUH. Sebab
apa? Kehidupan seorang muslim itu bermula sebelum terbitnya fajar sayangku. And
jangan tidur lepas subuh kalau hari ada kelas. Kalau hari weekend tu, aku pun
kadang2 tertidur jugak lagi-lagi aku study after 12am ke atas, memang after
subuh la masa tidur aku. Hehhew. Tapi jangan pulak bangun zohor. 9am or 10am
pun dah okay. Amalkan lah apa yang aku terangkan panjang lebar kat atas tu,
insyAllah kau takkan rasa down sangat bila jatuh sebab kau masih ada Tuhan J it will make you feel stronger.
Yeah. Hehhe.
p/s: kalau ada junior yang nak tahu pasal diploma akaun / diploma sistem maklumat perakaunan, boleh komen atau pm my Facebook Amiera Syuhada .kalau pasal degree, sikit-sikit boleh la :)