Saturday, 2 April 2016

TIPS NAK MUDAH SCORE AND HOW TO KEEP CALM EVEN IF KAU JATUH TERPEROSOK!

Bismillahirrahmanirrahim. Akhirnya, terluang juga masa untuk update entry kali ni. Sebenarnya aku nak update pasal financial sepanjang semester pertama di alam degree tapi memandangkan masa result keluar 18/2/2016 haritu, Alhamdulillah I got a good result *bagi aku la hehe* and then ada beberapa orang personal message tanya macam mana aku bangkit dari kejatuhan masa lalu, so InsyaAllah I will update about it first. Pasal financial tu next entry. Penting jugak tu, yelah mahasiswa skrg kan ‘manja’, mana tahu nak manage duit dengan baik, but I do! So kena lah simpan kemas2 dalam blog ni. Tua tua nanti boleh flashback. Hoho. So, meh straight to the point. But before aku terus tulis pasal tips study, suka utk aku ceritakan dahulu detik jatuh dan bangun aku, supaya dapat dijadikan pengajaran buat semua J

CERITA KEJATUHAN.
Untuk semester pertama Diploma Sistem Maklumat Perakaunan, Allah kasi aku peluang untuk merasa anugerah dekan. Semester kedua, Allah beri lagi nikmat, time tu pointer aku 3.75.. bukan tinggi sangat tapi mungkin sebab ramai yang tak score.. so aku dianugerahkan pelajar terbaik semester dua fakulti perakaunan. Bahgia? Semestinya. Hadiah berharga buat abah dan ummi sebab SPM aku tak perform. Semester tiga, Allah pun menguji. From 3.75, pointer aku merudum to 3.20. CGPA first class 3.65 jadi SECOND CLASS, 3.49. masa ni aku down tapi cepat2 aku bangkit sebab family and lecturer sangat supportive. Kawan? I guess everyone know ramai mana yg stay bila kita jatuh. So, semester 4 aku recover, dekan balik and CGPA pun jadi 3.52. aku tahu aku dalam bahaya tapi aku terleka. Allah rindu hamba Dia. Aku diuji kali kedua. Lebih hebat. Dari pointer dekan, aku jatuhhh terperosok jadi budak 2pointer. Dari 3.61 kepada 2.78. can you feel me? Or ada yang sama situation dengan aku? Ketahuilah, you are the choosen one. Adakah seorang hamba Allah itu merasa dia telah beriman sedangkan dia belum diuji? Pegang ayat ni. insyaAllah perlahan-lahan kau akan mampu bangun.
Tapi reaksi aku masa tu? Of course lah tak setenang masa aku tengah menulis ni. Menangis. Aku tahu Allah sedang menguji tapi i cant hold my tears. Menangis macam dah takde hari esok. Berulang kali aku bukak tutup result tu. Walaupun takde subjek repeat, tapi ada 3 bijik C. Sebelum ni bangga lah sangat result takde C. Amik kau. Dia bagi triple! Sumpah, aku tak percaya pointer aku 2.78 masa tu. Aku kira manual. Aku kira lagi dan lagi malah aku predict pointer utk sem depan, kalau dapat 4flat pun, CGPA aku dah takkan jadi first class. Aku tetap akan grad dengan second class. Nampak tak niat belajar aku salah sebenarnya masa tu? Nak dekan, nak ANC, nak first class. SALAH TU! Guys, kalau korang study sebab tiga benda tu, TOLONG... tolong betulkan niat hangpa balik. Sebelum jadi macam aku.

Tapi last2 aku belajar redha. Ini ketentuan Allah. He must have a better plan. Tapi kali ni, aku amik masa yang sangat lama nak recover. Masa sem6, kdg2 tgh semangat study, tetiba teringat 2.78, menitis lagi air mata. Dalam redha, kadang-kadang aku mengeluh. Tapi satu pesan aku, sehebat mana kau diuji, jangan pernah persoalkan kenapa kepada tuhanmu. Sedar lah diri sikit. Kita hanya hamba. Layak ke kita nak tanya kenapa kita yang diuji, kenapa bukan orang lain. Layakkk ke kita tanya macam tu? Fikir banyak kali sikit. So dipendekkan cerita, akhirnya grad lah aku dengan pointer 3.33. Tak kujangka aku grad dengan pointer ni sebab target aku sejak sem1, aku nak grad first class. Alhamdulillah, Allah tegur aku sebelum aku leka dengan nikmat dunia. Sebelum aku alpa. Sebelum aku lupa Dia lah sebaik-baik perancang.

Aku ingat aku dah tak layak untuk masuk ijazah perakaunan. Bila isi upu, aku dah berangan nak sambung human resource lah, international business lah. Pilih ikut minat. Tapi doa takleh tinggal. Biarpun kau rase mcm dah takde harapan sekalipun, doa tetap doa. Time tu, aku tak doa supaya dapat degree akaun. Sebab aku tahu aku tak pandai macam orang lain. Tapi on 18/05/2015, dapat offer bachelor in accountancy. Allah bagi. Maknanya aku mampu. Maka aku terima offer. Bermula hidup sebagai pelajar degree maka aku buang jauh-jauh sikap aku masa diploma. TIADA lagi hashtag EMPATRATA tapi aku guna hashtag MakeitLillahitaala pulak. Hmm. Hashtag ni saja saja ja. Sebab aku suka tulis motivation word untuk diri sendiri so di akhir kata aku akan letak hashtag ni supaya aku ingat niat aku sebenar. ni mungkin starter point cara study yang betul sikit lah yang aku amalkan.
Tapi sebelum tu, aku nak ingatkan, JANGAN AMALKAN TIPS AKU KALAU KAU NAK DEKAN! Amalkan hanya bila NIAT KAU adalah untuk MENUNTUT ILMU ALLAH. Aku tengok sekarang dah banyak viral study tips utk dekan, utk 4flat.. maaf.. aku tak mampu nak bagi semua tu. Aku taknak ajar orang cara study tapi niat kau awal-awal dah salah. Niat ni macam alamat taw. Simple example aku bagi, kau punya resume punya lah hebat tapi kau hantar kat alamat emel yang salah. Agak-agak company yang kau nak tu dapat ke resume kau? Then dapat ke kau kerja kat company kau nak? You have the answer right?

1.      NIAT. Dah banyak kali kot. Aku tekan pasal niat. Sebab ni the main point. Cane nak explain detail lagi eh. Hashtag aku tu memang suka suka tapi ada maksud dia kan. #makeitlillahitaala. Senang cerita macam ni la, setiap apa yang kau buat tu, kalau kau niat Lillahitaala, kau dapat pahala. Bayangkan eh, kau bangun pagi, kau niat, hari ni aku nak belajar kerana Allah, hidup dan matiku kerana Allah. Sepanjang hari pahala non-stop. Berbeza sangat dengan orang yang bangun tanpa halatuju. Buat apa saja hari tu hanya kerana dunia. Rugi. So, jaga niat. Jangan tergelincir. Kalau rasa terbabas tu, cepat2 lah istighfar. Kita menuntut ilmu dia tapi kita niat demi benda lain. Wajarkah? Tuntut ilmu ini tuntutan agama dan ianya ibadat. Again i tekankan kat sini, it is pointless kalau salah niat.

2.      SOLAT. AWAL WAKTU! Hah nampak tanda seru tu? Penting lah maknanya tu. Cikgu maths aku masa darjah6 pernah cerita, “masa zaman sahabat2 rasululllah SAW dulu, bila sahabat2 dengar azan masa dorang tengah buat rumah, even tinggal satu bata je pun lagi, depa akan lekaih2 pi masjid. Solat” kita? Subuh pukul 6, alarm 6.30. zohor 1.30 solat pukul3, asar pukul 4.30 solatnya 6.30, magrib 7.20 solat kul8 sekali harung dengan isyak 8.20. haih. Cuba la solat awal. Bila kau dahulukan suruhan Allah, nanti Dia permudahkan urusan kau. Contoh eh, kalo isyak 8.30 kau terus solat, kau akan rasa malam tu sangat panjang untuk kau study. Bayangkan kau study tanpa solat terlebih dahulu, pastu kau baca punya baca tak paham paham jugak. Tak ke waste your time tu? Jangan lewatkan solat unless kau uzur. Kalo tak, pahala nya.. umm.. fikirlah ye.

3.      SOLAT SUNAT. Ada lima jenis yang memang best utk diamalkan. Solat sunat sebelum Subuh, Dhuha, Hajat, Tahajjud, Taubat. Gais, kehidupan seorang muslim bermula sebelum terbitnya fajar. Kalau subuh pun korang lambat, trust me, segala urusan harian kau hari tu, akan ada je yg terlambat, ter-delay. So bangun lah 15min before subuh, maka sempatlah untuk mandi and solat sunat. Dia punya barakah, kalau aku cerita kat sini, berjela-jela lah jwabnya. Ampa google sndiri nah? J Dhuha, Solat ni magnet rezeki. Bagi aku, rezeki ni bukan dalam bentuk duit je. Mana taw as a student, rezeki kita Allah bagi cepat faham dlm kelas, slalu score exam. Kan? Mana taw. Sunat Hajat, kalau tak boleh tetiap hari, wktu weekend tu amal-amalkanlah. Kalau kerja, selalu buat part time, gaji mesti lebih. Kalau solat, kau tambahkan dengan yg sunat, nikmat dia kadang-kadang Allah bagi lebih dari apa yang kau bayangkan.

4.    SURAH-SURAH FAVORITE <3 Tips ni pulak, memang dah lama sangat-sangat nak share dengan semua orang. It works amazingly J bukan nak ajar supaya pilih-pilih surah untuk baca but every surah ada kelebihan dia so pandai2 pilih. Okay antara surah favorite aku adalah

1.AL-MULK 2. AL-RAHMAN 3. AL-DUKHAN 4. AL-WAQIAH AND  YAASIN OF COURSE J to make not so bias bila baca quran ni, after maghrib, choose between surah 1-4. After isyak pulak baca satu page as a compulsory one untuk setiap hari start dari page 1. After 604 days, khatam al-quran. Yeay! Oh ye, Yaasin baca setiap pagi after subuh kalau boleh. Lepas solat dhuha boleh amalkan Al-Waqiah. Surah kekayaan. Hehhe. Dalam yang favorite ni, the most most most favorite adalah AL-mulk. Benefit dia superb! Cubalah amalkan everyday. you yourself akan rasa nikmatnya. Time tengah taip ni pun i still be like “Ya Allah, surah2 ni amaze me so much!” kadang-kadang rasa macam study takdelah banyak mana pun, tapi result alhamdulillah tak pernah mengecewakan, Cuma satu pesan, have faith! ;)

5.      DUDUK BARISAN DEPAN. Front seat but for girls, bagilah kaum kaum adam duk depan, kita duk second seat. Lebih afdhal J sape cakap benda ni tak penting? Penting sangat hokayyy. Bila lecture cakap, terus masuk dalam otak. Hehhe. Takut duk depan sbb nanti lecturer aim? Kemon la, pengalaman aku, orang belakang yang akan selalu kena aim dengan lecturer. Banyak keberkatan duk depan ni. Maka sila lah amalkan. Kalau tak faham, tanya lah terus. Kalau malu, after habis class tanyalah. And aku suka record apa yang lecturer ajar. Senang nanti bila buat revision, boleh replay recording, dengar mana-mana part yang tak faham. Berkesan sangat cara ni. Sebab aku amalkan masa first sem degree, dean list alhamdulillah.

6.      JANGAN DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG. Ni satu lagi masalah student. Sakit hati sangat tengok orang berjaya. Pasaipa? Sebab kita rendah? Sebab depa tak study tapi score tinggi? Sebab kita study tapi markah asyik kelaut? Check lah balik hati kita. Check balik cara study kita. Kalau ampa study hard sekalipun tapi duk hafal ja benda tu, tak paham, takdak guna. Bila awak hafal, soalan belok sikit ja, gelabah taktentu pasal. Orang suruh explain pun awak takleh explain, ada guna eh study? Kita orang islam ni, cubala niat study tu, untuk gain ilmu supaya boleh kelur dari kejahilan diri, supaya boleh bantu orang lain, BUKAN SEBAB NAK A EXAM. Bear in mind please. Orang tak study tapi score? Awat nak kalut sangat pasai depa? Mungkin Allah bagi rezeki kat dia otak dia jenis cepat pick up apa saja lecturer ajar dia faham. Kita yang kurang ni, study ajelah, niat betul, dapat pahala. Rugi ke? Tak pun. Yang rugi bila awak taktaw pun matlamat belajar awak pastu duk mengeluh apa yang study tak masuk exam.. Ilmu Allah tu. Mengeluh kenapa? Hmm. Im not the perfect one tapi kita sama-sama nak betulkan apa yang kita silap. Aku bukan stok-stok ustazah dan langsung bukan orang yang alim-alim, tapi hubungan dengan Allah kena jaga. J


Ok. As for now, rasanya setakat ni je yang boleh aku kongsikan. Tips study ke ni. Entahlah. Kalau kau tanya aku macam mana cara aku study, even if aku tulis sebijik-sebijik pun , belum tentu kau boleh ikut. Sebab cara study ni berbeza bagi setiap orang. Lagi-lagi aku ni jenis study study lewat malam and tengah2 pagi buta like 2-4am. Tambahan sikit lagi, make sure bangun BEFORE SUBUH. Sebab apa? Kehidupan seorang muslim itu bermula sebelum terbitnya fajar sayangku. And jangan tidur lepas subuh kalau hari ada kelas. Kalau hari weekend tu, aku pun kadang2 tertidur jugak lagi-lagi aku study after 12am ke atas, memang after subuh la masa tidur aku. Hehhew. Tapi jangan pulak bangun zohor. 9am or 10am pun dah okay. Amalkan lah apa yang aku terangkan panjang lebar kat atas tu, insyAllah kau takkan rasa down sangat bila jatuh sebab kau masih ada Tuhan J it will make you feel stronger. Yeah. Hehhe.

p/s: kalau ada junior yang nak tahu pasal diploma akaun / diploma sistem maklumat perakaunan, boleh komen atau pm my Facebook Amiera Syuhada .kalau pasal degree, sikit-sikit boleh la :) 

keyboard-off. assalamualaikum :)
gambar sekadar hiasan. peace.

46 comments:

  1. Tq atas nasihat akak...sy masih blajar di asasi dan baru masuk sem 2 .saya rasa down dgn result sem 1 sy but your story really inspired me to never give up. Allah x kan uji hambanya sekiranya dia x mampu menanggungnya.most important niat tu perlu dibetulkan sbb saya akui sebb saya nk blajar untuk dapat result yg hebat ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear. most welcome. akak dh lama tak bukak blog. goodluck dik. Cedok ilmu tu betul2 hehe. insyaAllah He will help and ease your next step :)

      Delete
  2. Thankyou so much akak, since saya tengah tunggu result spm ni saya banyak baca entry senior2 yg amik accounting and mostly cakap course tu susah :'( saya jadi tak yakin and beberapa ja cakap course ni tak susah mindset tu penting . Thanks sis!! Ive searched your fb but i cant find it .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe akak dh tukar nama fb. skrg nama penuh akak. Amiera Syuhada. account tak sesusah yg awak dgr dear. makin lama makin jatuh cinta InsyaAllah. tipu kalau akak cakap course ni senang tapi it's fun and exciting. explore ilmu baru. serious talk. hehe hope you will read this reply :)

      Delete
  3. Assalamualaikum. Im so touched while reading this. Sy degree, skrg semester 5. Result semester 4 sy jatuh terjunam dlm lautan paling dlm. Drpd 3.71 jatuh 2 pointer. Allah, posting awk ni terkesan sgt dlm hati sy. Looking forward to talk to u thru fb. I added u ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. hi there. thank you sudi baca. tapi kita pun jatuh jugak haritu. 2pointer jugak :( stay strong and be proud sebab Allah pilih kita utk diuji. ada masa lagi utk baiki pointer dan baiki diri. Jom bangun sama-sama :)

      Delete
  4. U really impress me babe ��

    ReplyDelete
  5. broken nak mateyy since masuk diploma ni tak merasa lagi 3.00 above. Sem1 2.93 sem2 2.66

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there. Akak xsure awak boleh dpt notification akak reply ni ke tak since awak komen sbagai anonymous. But if you read, akak harap awak xkan pernah putus asa. It's just a pointer, somehow..im sure awak pasti boleh buat lebih baik. Terus usaha ingat pengorbanan mak ayah and bersangka baik dengan Allah :)

      Delete
  6. Terima kasih..perkongsian yang amat menyentuh hati..😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome. Terima kasih sudi membaca :)

      Delete
  7. terima kasih kak atas perkongsian ini. situasi saya macam akak. tapi saya masih menuntut sebagai pelajar diploma. sekarang tengah cuti sem sambil menunggu semster 4. result saya pada semester 1, 3.90 dan semester 2, 3.96. tapi bila saya habis semester 3, saya dapat 3.49. saya sedih gila kak :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there. Your cgpa still 3.7++ right? Kawan akak pesan, bila dpt result gempak, bersyukur. Bila dapat rendah pun, bersyukur sbb itu tandanya Allah sayang kita. Allah nak tegur kita bahawa ilmu kita bukanlah seberapa dan semuanya dari Dia. Tak smua orang mampu bersyukur saat diuji but i believe, you are one of mereka yg bersyukur :) result yg adik dapat tu, emtah berapa ramai yg tengah berdoa untuk dapat sebanyak tu. teruskan berusaha dan yakin dengan janji Allah which is Dia sentiasa bersama dengan hambanya yg berusaha.

      Delete
  8. Macam nak nangis sebab related gila dengan hidup saya. Thank you for the advices

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian. Jalan cerita hampir sama tapi saya takdelah sampai dekan every sem. Alhamdulillah sem 1 first time merasa pointer 3.8* sepanjang pengajian. Masa diploma tak pernah sekali pon dapat 3.5 dan ke atas. Sekarang saya buat pjj untuk degree. Dan saya diuji pointer yang sangat teruk. Saya cuma ada masa dalam 1 tahun setengah untuk menamatkan pjj saya. Saya berharap dalam tempoh ni, saya mampu untuk perbaiki pointer. Wish me luck :) #makeitLillahitaala

    ReplyDelete
  10. Such an inspiring story. Baru tadi je result keluar,and sedar tak sedar memang niat dalam diri ni dah terpesong ke arah kemarukkan anugerah dekan. Bila tak capai taret tu, Allahu sedih dia macam dah takde agama. Tapi Alhamdulillah Allah terus ketuk hati ni, surf internet pasal possibility nak dapat 3.75 and above kalau sem 1 tak perform and Alhamdulillah ditemukan dengan blog sis Miera. Again, thank you atas nasihat2 yang sangat bermakna. :)

    ReplyDelete
  11. thanks for the advice,, deep sgt..sbb related dgn saya...... especially bab belajar sbb ape tu

    ReplyDelete
  12. Hye kak, sy dipl acountant bru sem 1 nak jejak sem 2.. sy just nk shre yg hri ni keluar result tp alhamdulillah la sy dpt 3.72 ..jp lg ntah la brapa πŸ˜‚

    ReplyDelete
  13. Such an inspiring entry sister. Wow, thats true, hubungan dengan Allah tu penting, i believe in that. And thanks jugak ingatkan kita semua pasal betulkan niat belajar tu πŸ’•

    ReplyDelete
  14. Hi kak . Sy try cri fb akak tp ramai sgt yg guna nama sama . Akak pnya fb yg mna satu ye

    ReplyDelete
  15. salam kak, sejujurnya saya ni baru nak masuk sem 2 tapi result sem1 sangatlah downkan saya 2.33 boleh ke saya menginjak ke 3 something ? saya kecewa dengan diri saya ') dapat ke saya menginjak ke pointer lebih bagus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InShaAllah, cari cara study yg bersesuaian! Cari juga kawan yang boleh bantu kita dalam study, study pun takdela bosan sangat nanti. yang penting sekarang kita harus bersyukur, Allah bagi lebih kalau kita syukur! Usaha sehabis boleh dan selebihnya berserah kepada Allah, InShaAllah Dia bantu, percaya pada Allah ok?

      Delete
  16. Hi kak saya tahu entry akak macam dah lama tapi saya curious sangat nak tahu, apa beza graduate diploma first class dgn ANC ye? Harap sangat boleh jelaskan, terima kasih ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak first class tu CGPA awak above 3.5 means maybe semua sem awak dekan but ada 1 sem awak tak dekan but your total CGPA still above 3.5 dikira First class. Untuk ANC , dekan every sem and ofc you are in first class because above 3.5

      Delete
  17. Thank u, cerita kita hampir sama lah wakk

    ReplyDelete
  18. Kalau dapat 4 flat untuk praktikal dgn 7 kredit hour tak boleh dapat anugerah dekan ke?

    ReplyDelete
  19. tq kak,walaupun saya bukan diploma sistem perakaunan namun ilmu kak ni insyallah membantu sebab skrg saya diploma akaun sem 3.sudah 2 sem saya aim dekan namun pointer bawa 3.00 . sedih mmg sedih tapi masih bersyukur sebab ada 3 sem lagi untuk bukti kan tapi bukan dekan atau pun pointer 3.00 cuma kali ni study kerana allah dan agama.

    ReplyDelete
  20. Thank you for the inspired writed . I mmg down gila now, sbb grad diploma in accounting 2.51 . So tak lepas ambil full time degree , then i choose to take part time degree in accounting, hopefully degree i akan dapat the best . doakan ye kak

    ReplyDelete
  21. thank you kak...sy degree financial mathematics...result sem 1 sy 2.80..sy down gile kak sbb sy tak sangka sy dpt pointer mcmtu...tp sy sedar tu silap sy lah sbb suka belajar last minit...akak rasa sy ada harapan tak nk dpt dekan di sem 2 nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. sbb saya pun dpt degree in financial mathematics, dan saya sgt overthinking pasal kos nihπŸ₯Ί

      Delete
  22. Kita sama pointer 3.33, jatuh 2kali. Thanks sb sedarkan sy

    ReplyDelete
  23. terima kasih akak atas perkongsian yg cukup bagus ni..terima kasih sangat2�� ��

    ReplyDelete
  24. akak nak tanya kalau kita nak apply degree akaun pjj, tapi cgpa dapat 3.49 je boleh ke :( saya lepasan dip analisis pelaburan.. takut..:(

    ReplyDelete
  25. baca post ni pagi pagi kul 8 memang menyentuh hati hehehe thank you for the tips. paling terkesan time cakap pasal niat. i just realized where i went wrong this whole time. u might not read this but thank you so much. <3

    ReplyDelete
  26. Tgh down sbb pointer. N tetiba baca ni. Skrg dah tahu kat mana nak diperbaiki n buat improvement. Thankyou for sharing sister. May Allah swt bless u alwaysπŸ™πŸ»

    ReplyDelete
  27. sis your words inspired me a lotttt thank uuuuu.. love lots!!!!

    ReplyDelete
  28. Assalam kak,sya nk tnye akk ade lgi x buku ii untk acc info system sbb sya blm start bljr lgi and probably sem 1 online,so thats why sya nk cbe bljr dlu tntg course ni πŸ˜ƒ

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum kak, pointer saya sem 1 3.44, pastu sem 2 dpt 3.14...ade lagi tak peluang saya nk cecah 3.5 keatas? Utk degree

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum, saya terbaca blog awk..terima kasih ats nasihat yang diberi..selepas saya baca komen awak...hati saya rsa lebih tenang. Sem 1 sy dapat 4 flat, tp takdir sem 3 dan 4 jatuh bwh 3.5 tp msih atas 3.0. masa tu saya fikir saya x ada rezeki utk dpt ijazah kelas pertama sebab dah dua kali jatuh bawah 3.5..btw sy ada 10 sem. Then, sem selepas itu saya dapat 3.5 ke atas dan cgpa saya kekal 3.6 ke atas. Masa tu harapan saya sngat tinggi untuk mendapat first class degree sehinggalah smlm sy dpt tahu first class degree kolej saya ialah 3.70 n above. Perit rasa dihati sebab sy kira sy hanya ada satu subjek latihan industry dan ini sem akhir saya. Tak kira macam mana saya kira pointer cgpa sy skrang 3.64 hanya akan dapat 3.65-3.67 kerana credit hournya 3. Hanya kurang 0.05 unyuk dapat First class degree. Rsa sangat kecewa, lebih2 lagi saya fikir sy akan brjaya menukar ptptn kepada biasiswa. Tp mungkin mcm awk cakap niat saya dah terpesong. Belajar sebab nak dapat dekan je. Mungkin ini adalah satu ujian untuk saya

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum. saya nak cakap yg tips" akk sangat" membantu. terima kasih sy ucapkan sebab dah sedarkan saya selama sy bljar degree ni. dulu memang ada buat masa diploma, betulkan niat apa semua, bangun pagi untuk solat subuh awal. tapi kejap je lah. and bila baca balik blog akk ni, saya mcm tersedar and teringat dengan apa yg saya dh pernah buat dulu. nak bangkit balik susah, and amik masa, tapi sangat" berbaloi dengan result dia. sekarang sy tngh cuti sem nak muhasabah diri balik sebab dah macam jauh dari jalan sebenar huhu. saya mcm dh hilang diri saya bila masuk degree ni sebab nak kejar deadline and study semata nak dekan je utk FE ni. insha Allah saya kena betulkan niat balik belajar saya kerana apa. And saya akui sy memang dah lain daripada lain dngn diploma ni, lagi" saya sangat" lost bila masuk degree ni. harap, saya dapat bangkit semula dan teruskan perjuangan ni:)

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum akak , saya nak tanya, untuk dapat grad dengan cgpa 3.90 ke atas,, berapa minimum cgpa for every sem yang perlu saya dapat ? sem 1 sy dpat 3.96 , sem 2 saya dapat 3.85.. ni baru nak masuk sem 3.. agak sedih dgn result sem 2 and im afraid tak lepas my target :( my target is grad dengan cgpa 3.90 ke atas sebab my goals is to sambung degree overseas..

    ReplyDelete
  33. hi saya student diploma tapi course it… saya suka blog awak & act sekarang saya tengah down and risau sbb cgpa saya akan jatuh….

    ReplyDelete
  34. Thank you :) memang tengah down pas pointer. harini result sem1 degree keluar, n dapat 3.02 je. memang dah expect tapi sedih betul πŸ’” and betul lah tu. sem ni jauh dari Allah. Thank you so much for the write up akak.

    ReplyDelete
  35. Thanks and I have a dandy give: What Was The First Home Renovation Show homes to renovate

    ReplyDelete